Pertandingan World Skill Malaysia Belia (WSMB) Peringkat Pra


Pada 28 hingga 30 April yang lalu, IPD menerusi dua orang pelajar semester 2 telah menyertai pertandingan Worldskill Malaysia Belia (WSMB) bagi visual merchandising. Ia berlangsung di Institut Kraf Negara (IKN), Rawang.










Kerjasama Reka bentuk Mold dan Produk Bersama Dua Agensi Kerajaan

Dua agensi kerajaan iaitu CIAST Shah Alam telah hadir ke IPD bagi bekerjasama membangunkan reka bentuk mold serta Hospital Serdang yang ingin membuat projek inovasi bagi produk mereka.






Lawatan oleh CIAST Shah Alam pada 25 April




Perbincangan bersama pegawai klinik mata Hospital Serdang

Lawatan ke SIRIM Berhad Shah Alam

Pada 22 April yang lalu satu rombongan dari IKTBN Dusun Tua terdiri daripada Pn. Pengarah, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, KJ Mekanikal, KJ Automotif, KCHI dan tenaga pengajar IPD telah melawat Pusat Rekabentuk Pembungkusan dan Keselamatan SIRIM Berhad. Ia adalah susulan lawatan pihak SIRIM ke IKTBN Dusun Tua.