Peperiksaan Akhir DKM IPD

Pada 30 September 2019 hingga 4 Oktober telah berlangsung peperiksaan akhir teori dan amali diploma. Persembahan projek tahun akhir turut dijalankan pada 2 Oktober. Seramai 4 calon telah berjaya lulus dengan cemerlang.









Pertandingan World Skill Malaysia Belia (WSMB) Peringkat Pra


Pada 28 hingga 30 April yang lalu, IPD menerusi dua orang pelajar semester 2 telah menyertai pertandingan Worldskill Malaysia Belia (WSMB) bagi visual merchandising. Ia berlangsung di Institut Kraf Negara (IKN), Rawang.










Kerjasama Reka bentuk Mold dan Produk Bersama Dua Agensi Kerajaan

Dua agensi kerajaan iaitu CIAST Shah Alam telah hadir ke IPD bagi bekerjasama membangunkan reka bentuk mold serta Hospital Serdang yang ingin membuat projek inovasi bagi produk mereka.






Lawatan oleh CIAST Shah Alam pada 25 April




Perbincangan bersama pegawai klinik mata Hospital Serdang

Lawatan ke SIRIM Berhad Shah Alam

Pada 22 April yang lalu satu rombongan dari IKTBN Dusun Tua terdiri daripada Pn. Pengarah, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, KJ Mekanikal, KJ Automotif, KCHI dan tenaga pengajar IPD telah melawat Pusat Rekabentuk Pembungkusan dan Keselamatan SIRIM Berhad. Ia adalah susulan lawatan pihak SIRIM ke IKTBN Dusun Tua.



Lawatan delegasi Thailand bersama program CIAST

Pada 6 September, sebuah kolej teknikal dari Bangkok Thailand telah melawat bahagian IPD. Ia adalah anjuran CIAST. Terima kasih kepada CIAST kerana telah memilih IKTBN Dusun Tua sebagai salah satu agensi untuk dilawati.







Majlis Konvokesyen ILKBS ke-14

Pada 4 dan 5 September yang lalu telah berlangsung majlis konvokesyen ILKBS ke 14. IPD telah menyertai pameran sepanjang 2 hari tersebut. IPD juga dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan shoot out bagi bola sepak dan bola keranjang.









Latihan Sangkutan Industri

2 orang tenaga pengajar IPD iaitu En. Ikhwan dan En. Faizal telah menjalani latihan sangkutan industri disebuah syarikat bertempat di Balakong. Ia berlangsung selama 2 minggu bermula 9 Julai hingga 20 Julai 2018.




Lawatan Penanda Aras Perbadanan Aset Keretapi

Pada 24 Julai lepas, pegawai dan kakitangan Perbadanan Aset Keretapi telah melawat IKTBN Dusun Tua sebagai lawatan penanda aras bagi EKSA. Terima kasih atas lawatan ke IPD.







I love IKTBNDT

Aktiviti pertama bagi sesi 2.2018 ialah pelajar semester 3 & 4 telah mengecat bangunan gymnasium. Ia telah diselia oleh En. Azman Bin Wok. 








Taklimat Garis Panduan Kenaikan Pangkat Berasaskan Kriteria Kecemerlangan (KC)

Pada 5 Julai yang lepas, satu taklimat mengenai garis panduan kenaikan pangkat berasaskan kriteria kecemerlangan telah diadakan di auditorium IKTBN Dusun Tua. Taklimat telah diberi oleh bekas pengarah IKTBNDT iaitu En. Zahari Bin Jusoh yang kini bertugas sebagai Timbalan Pengarah di ILP Kuala Lumpur.