Anugerah Inovasi Negeri Selangor Peringkat Zon MP Kajang

Pada 31 Julai, IKTBN Dusun Tua telah menghantar 3 projek bagi menyertai Anugerah Inovasi Negeri Selangor Peringkat Zon Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ). Bahagian Pembangunan Produk Industri telah menghantar 2 projek iaitu Smart Iron Board dan Magnetic Hanger. Bahagian Kimpalan pula telah menghantar 1 projek. Sebanyak 33 projek dipertandingkan dalam saringan awal sebelum ke peringkat negeri Selangor selepas ini. Ia berlangsung di Dewan Seri Cempaka, Taman Saujana Impian Kajang. Syabas dan tahniah kepada semua pasukan.














Pertandingan Inovasi Sempena Hari Wanita

Pada 21 Julai, seramai 4 orang pelajar telah  menyertai pertandingan "Winnovation" sempena sambutan hari wanita kebangsaan 2017. Daripada 32 penyertaan awal, hanya 10 projek telah terpilih untuk ke penilaian akhir. Sesi penilaian akhir telah di adakan di tingkat 3 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Putrajaya. Syabas dan tahniah kepada pelajar-pelajar yang terlibat serta En. Imran Bin Ishak sebagai penyelia projek ini. Pemenang akan diumumkan semasa Sambutan Hari Wanita Kebangsaan pada 4 September 2017 nanti.


Iklan penyertaan


Dibilik pembentangan


Sesi pembentangan kepada juri


Suasana bilik pembentangan



 Ruang legar perpustakaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat








Papan Tanda Keselamatan

Aktiviti pertama pelajar sesi 2/2017 (P106) menaikkan papan tanda keselamatan dibengkel. Ia diselia oleh En. Imran B. Ishak. Pengalaman pembelajaran pertama diterima pelajar-pelajar ialah mengukur, memotong dan mencanai besi, mengimpal mig, menebuk lubang, mengecat dan akhirnya menggantung papan tanda tersebut. Tahniah dan syabas kepada pelajar-pelajar.












Program Transformasi Pemikiran Islam

Program Transformasi Pemikiran Islam telah diadakan diauditorium IKTBN Dusun Tua pada 7 Julai yang lalu. Ia dianjurkan oleh Institut Kajian Strategik Islam Malaysia. 2 orang pegawai dari agensi tersebut telah menyampaikan ceramah. Ia dihadiri oleh semua pelajar baharu sesi 2/2017 (P106) bersama-sama kakitangan IKTBN Dusun Tua. Semoga kita semua dirahmati Allah diatas majlis ilmu ini.


Suasana di auditorium


Agensi yang terlibat

Lawatan Syarikat Agriquip Machinery Sdn. Bhd.

Pada 11 Julai yang lepas, syarikat Agriquip Machinery Sdn. Bhd. telah datang ke IKTBN Dusun Tua untuk satu sesi lawatan ke bengkel-bengkel. Ia adalah susulan lawatan dari pihak Cawangan Hubungan Industri ke syarikat berkenaan di Bukit Canggang tempoh hari. Semoga dengan terjalin hubungan antara iktbn dan syarikat ini akan dapat menempatkan pelajar-pelajar untuk menjalani latihan industri  di sana.

Timbalan pengarah pengurusan latihan, Tn. Hj. Fisal B. Ramli mendengar taklimat
daripada pihak syarikat


Dua orang pegawai daripada syarikat Agriquip Machinery Sdn. Bhd.

Pembelajaran di IPD


Pelajar-pelajar telah memulakan sesi pengajian 2/2017. Tenaga pengajar telah memulakan kelas.

Pelajar baharu sesi 2/2017 menjalani kelas



Pelajar semester 3 dalam kelas Quality Control Inspection

Pelajar melukis menggunakan komputer


Bengkel Pembangunan Soalan Peperiksaan Akhir dan Pembangunan WIM Siri 2/2017


Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti telah mengadakan siri bengkel pembangunan WIM di bilik seminar IPD. Ia melibatkan wakil dari setiap jabatan di IKTBN Dusun Tua. Ia diadakan selama 4 hari iaitu bermula dari 11 hingga 14 Julai. Wakil dari bahagian IPD ialah En. Ikhwan dan En. Mohd Nazim.

En. Hazmin menyampaikan taklimat

Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan Tuan Hj. Pisal turut melawat bengkel 

Tenaga pengajar yang terlibat dalam bengkel

Mesyuarat Jabatan Teknologi Mekanikal

Pada 6 Julai telah diadakan mesyuarat Jabatan Teknologi Mekanikal di bilik mesyuarat bahagian IPD. Ia dipengerusikan oleh Ketua Jabatan Teknologi Mekanikal, En. Nik Syaiful. Ia dihadiri oleh semua tenaga pengajar dari Jabatan Teknologi Mekanikal.







Pengenalan

Bahagian Pembangunan Produk Industri menawarkan program Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Pembangunan Produk Industri). Pelajar-pelajar akan menjalani program selama 21 bulan iaitu 18 bulan di IKTBN Dusun Tua dan 3 bulan latihan industri disyarikat-syarikat berkaitan.